22

Ruang ini,


Melankolia.

21

Tangannya, bila ku sentuh, tidaklah semulus tangan S yang pernah aku genggam dahulu. Sedikit kasar di kiri ruas pertama jari tengahnya, mungkin terlalu banyak menulis, bergelumang derai-derai kapur, kadang kala tersisa dakwat pen. 
   
Tapi dia yakin, seolah tiada apa yang menghalang, laju geraknya menggenggam tanganku, sewaktu aku keluar dari rumah.
   
Senyumnya, sudah cukup untuk buat aku membalas rapat genggaman jarinya buat kali pertama.

20

Bila aku berkata time heals kepadanya, cepat-cepat dia memintas,

"No, time seals."


19

Kali terakhir aku mencatat sesuatu di laman ini, adalah sekitar Mac lalu.Begitu pantas, aku kini sedang menjenguk lemah Jun.
M telah lama pergi meningggalkan aku, dan kelihatannya dia bahagia bersama S.Lebih senang untuknya berbicara tentang penulis K, D, A dan entah siapa-siapa lagi yang dipujanya bersama S.

Kehidupan kadang kala tidak adil dengan perkara-perkara yang kita (aku) belum tahu.

18

Malam ini sama, seperti 13 malam sebelumnya. March, a month of melankolia, telah berlalu, namun masih sayup-sayup lagunya kedengaran.

Dan April,
Biarkan aku berehat.

Aku keletihan.

17

Sayangku M,

"Love is an ephemeral being." kata kamu petang itu waktu aku khusyuk menghadap skrin sambil menekan papan kekunci menaip kod-kod moden yang menjalankan proses maya sistem-sistem yang kadang-kadang tergendala, tapi masih mampu diselenggara manusia.


 Tetapi mengapa kamu gagal memberitahu aku tentang bilakah rasa itu akan lenyap dengan pasti?

Kerana aku mahu mula menyelenggaranya mulai sekarang.

16

Dengan lembut, M mencapai tangan kananku, dan berkata, 

"I think I am in love with another guy"


And that was yesterday, setelah dia membiarkan aku memeluk rindu tubuhnya untuk bangun pagi bersebelahannya.